MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 11, 2013

PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM 01



Disusun oleh
Drs.Norazli Bin Aziz

Apa makna puasa tu hah?

Puasa menurut bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu, manakala menurut istilah syarak ialah menahan diri daripada melakukan perkara yanag membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

Ia merupakan salah satu daripada rukun islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim pada bulan Ramadhan.

Apa dalil wajib berpuasa...cue citer...

Dalilnya dalam Suroh al Baqorah, ayat ke 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa".

BAB-BAB YANG PERLU DIBACA, DIBINCANG DAN DI HAFAZ.....


Bagi siswa-siswi

BACTH 2 SEM 2, PERLU AMBIL PERHATIAN...

ALQURAN

(a) Pemahaman Ayat
  • baca dengan betul dan bertajwid
  • jelaskan intisari ayat
  • Menyebut zikrullah dgn betul dan menyatakan situasi yg betul utk melafazkan zikir spt: Tasbih (melihat kebesaran Allah), Tahmid (tika dpt nikmat), Istigfar (minta ampun) dan Istirja (ketika ditimpa musibah).

  • baca dengan betul dan bertajwid
  • jelaskan intisari ayat
  • konsep dan tuntutan jihad
  • bentuk bentuk jihad: jihad membaiki diri, jihad melawan nafsu, jihad melawan kafir harbi dan munafiq dan jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.

(b) Hafazan
Wajib hafaz suroh berikut:
(2)  Al `Adiat
(3)  Al Qori`ah
(4)  At Takaathur

Friday, May 10, 2013

BAB-BAB MANA YANG PERLU SAYA BACA, USTAZ?

Add caption
"Tu...la, waktu guru mengajar dalam kelas, kamu tidur berdengkur belaka. Macam dah jadi satu fenomena dalam kelas, MATA tidur dan mengantuk dalam kelas. Mari ubah segera sebelum terlambat. Okey, untuk menghadapi final exam ini, antara bab pendidikan Islam yang perlu di hadhamkan, adalah seperti berikut"

LEPAK SEKEJAP......PENYAKIT-PENYAKIT PELIK

Alhamdulillah, oleh itu jagalah kesihatan tubuh badan dan jangan lupa berdoa kehadrat Illahi semoga mengekalkan kesihatan yang baik.


Thursday, May 9, 2013

Wednesday, May 8, 2013

HAJI DAN UMRAH SIRI 04

Disusun oleh
Drs.Norazli Bin Aziz

NAFAR, terangkan apa makna nafar tu...

Nafar itu bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. Dan Nafar terbahagi kepada dua, iaitu:

(a)  Nafar Awal
Iaitu meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. Antara syarat-syarat Nafar awal, iaitu:
  • keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah.
  • Selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhijjah.
  • niat tidak akan kembali ke Mina
  • tidak bermalam di Mina selama dua malam.

HAJI DAN UMRAH SIRI 03


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

DAM, huraikan apakah pengertian dam, hukum dan jenis-jenisnya?

Dam ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana sebab-sebab tertentu iaitu:
(a)  meninggalkan perkara-perkara wajib haji.
(b)  melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram.
(c)  mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran.

Hukum membayar dam kerana melakukan perkara-perkara di atas adalah wajib. Manakala jenis-jenis dam yang dikenakan dalam ibadat haji ialah:
(a)   tertib, dam yang dibayar mengikut susunan.
(b)   takdil, dibolehkan membayar mengikut nilaian harga dam.
(c) takdir, dam yang dibayar mengikut kadar yg ditentukan mengikut kemampuan.
(d) takhyir, dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak.

HAJI DAN UMRAH SIRI 02


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

Huraikan tentang wajib Haji.....

Wajib Haji ialah amalan yang wajib yang dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji. Jika ditinggalkan satu atau banyak perkara daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi dikenakan dam.

Perkara-perkara wajib haji ada enam;

1. Berniat Ihram di Miqat
Jemaah haji wajib berniat mengerjakan haji dan umrah di miqat yang telah ditentukan. Jika jemaah Haji berniat ditempat lain daripada miqat yang ditentukan, maka hajinya sah tetapi dikenakan dam.

Ihram di miqat ialah berniat mengerjakan haji dan umrah atau kedua-duanya sekali ditempat yang telah ditentukan.

Setelah berniat, jemaah Haji dilarang melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa berihram sehingga selesai bertahallul.

Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram. Miqat terbahagi kepada dua:
(a)  Miqat Makani
(b)  Miqat Zamani

Miqat zamani bagi ibadah haji ialah bermula dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar kedua (fajar Sadiq) pada hari ke sepuluh bulan Zulhijjah. Manakala Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.

Miqat Makani bagi ibadah Haji ialah:
(a)   Zulhulaifah (Bir Ali) bagi penduduk Madinah dan sekitarnya.
(b)  Al-Juhfah bagi penduduk Mesir, Syam, Magribi, Sepanyol dan  negeri-negeri yang berhampiran dengannya.
(c)  Qarnul Manazil bagi penduduk Kuwait, Najd, dan jemaah Haji yang datang melalui udara.
(d)  Yalamlam bagi penduduk India, Yaman dan negeri-negeri sebelah timur, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan lain-lain.
(e)  Zatu Irqin bagi jemaah dari Iraq.
(f)  di rumah sendiri bagi jemaah yang tinggal di Mekah.

Miqat Makani bagi umrah ialah Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tana`im dan Jakranah.

Apakah hikmah-hikmah ditentukan Miqat itu?

Antara hikmahnya ialah; supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahan. dan supaya kita juga dapat membuat persediaan sebelum melakukan suatu pekerjaan.

Saturday, May 4, 2013

SOLAT SIRI 01


Disusun semula oleh
Drs.Norazli Bin Aziz

Apa makna solat tu hah?

Solat dari segi bahasa bermaksud doa, manakala dari segi syarak ialah perkataan atau perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulIhrom dan diakhiri dengan salam serta menurut cara dan syarat-syarat tertentu.

Solat fardhu lima waktu wajib ditunaikan oleh umat Islam yang mukhallaf. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu akan mendapat dosa atau diazab diakhirat nanti. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah swt pada hari akhirat kelak. Ia juga merupakan tiang agama dan akan menjadi asas kepada amalan-amalan yang lain.

BERSUCI ASAS KEBERSIHAN


Disusun semula oleh:
Drs Norazli Bin Aziz

Apa makna bersuci tu?

Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan diri daripada segala kekotoran dan najis. Manakala menurut istilah pula ialah menghilangkan hadas dan najis pada diri, tempat dan pakaian dengan cara berwudhu`, mandi wajib atau bertayammum.

Allah swt mengasihi orang yang bersuci sama ada zahir atau pun batin. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam al Quran, dalam firmanNya dalam suroh al Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt mengasihi orang yang bertaubat dan orang yang bersuci"

Bersuci dalam islam juga bermaksud bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar, pakaian dan tempat tinggal, dan juga suci hati daripada sifat-sifat mazmumah. Sesiapa yang mengabaikan salah satu aspek kebersihan ini akan menyebabkan amalan yang dilakukannya kurang sempurna.

NAJIS



Disusun Semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz


Apa pengertian najis itu?

Najis dari segi bahasa bermaksud bende-benda kotor yang menjijikkan. Manakala dari sudut istilah pula bermaksud kotoran yang menghalang ibadat seseorang itu drpd diterima Allah. Hukum menjaga kebersihan adalah wajib.

Sebutkan jenis-jenis najis?

Najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal hendaklah dibersihkan dengan segera. Najis terbahagi kepada tiga bahagian dan cara pembersihannya seperti yang berikut:

Najis Mukhoffafah (ringan) 

Contohnya air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang drpd dua tahun dan hanya minum air susu ibunya sahaja. Cara membersihkannya, hilangkan kekotorannya terlebih dahulu, kemudian renjiskan tempat tersebut dengan air mutlak.

WUDHU`


Disusun semula

Drs.Norazli Bin Aziz

Cuba terangkan sikit apa itu WUDHU`?

Wudhu dari segi bahasa bermaksud membasuh anggota tertentu dengan air, dengan cara dan maksud tertentu. Manakala dariu segi istilahnya pula ialah membasuh anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat.

Orang Islam wajib berwudhu ketika hendak mendirikan solat. Hal itu telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam al Quran Suroh al Maidah ayat 6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat (padahal kamu dalam keadaan berhadas kecil), maka (berwudhu`lah) yakni membasuh muka kamu dan kedua-dua lenganmu hingga ke siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua kamkimu sehingga ke buku lali..."

Seseorang itu adakalanya wajib bewudhu`dan adakalanya sunat sahaja. Hukum berwudhu bergantung pada amalan yang akan dilakukan.

Macamana  KAIFIAT BERWUDHU`?

Wudhu` yang sempurna ialah wudhu` yang dilakukan mengikut syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syarat tersebut termasuklah:

  • Beragama Islam, tidak sah dilakukan oleh orang Kafir
  • Mumaiyiz,iaitu dapat membezakan perkara baik dan buruk.
  • Tiada benda yang menghalang air untuk sampai ke anggota wudhu`
  • Menggunakan air mutlak untuk berwudhu`

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI AKHIR


Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

BERIMAN KEPADA HARI QIAMAT

Apa maksudnya tu...?
Maksudnya ialah mempercayai bahawa alam ini akan musnah. Setiap orang yang hidup akan mati, kemudian akan dibangkitkan semula untuk di hisab dan menerima pembalasan daripada Allah swt.

Ada lagi?
Ada....orang yang beriman dan banyak  amalan kebaikan akan mendapat balasan syurga Allah swt dan mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. Orang yang banyak melakukan amalan kejahatan yang membawa kepada dosa akan mendapat balasan yang buruk, iaitu balasan neraka Allah swt.

Pada hari perbicaraan, segala anggota tubuh selain lidah akan menjadi saksi terhadap setiap perlakuan semasa di dunia.

Setiap amalan yang dilakukan semasa di dunia akan dibicarakan dan ditimbang dengan neraca Allah swt.

Friday, May 3, 2013

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI 03


Disusun semula oleh
Drs Norazli Bin Aziz

BERIMAN KEPADA KITAB

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah swt telah menurunkan kitab-kitab suci kepada para RosulNya sebagai panduan hidup kepada manusia.


"Cuba sebutkan kitab-kitab tersebut dan bagaimana cara nak beriman dengan kitab ini...."




Diantara kitab-kitab tersebut ialah:

Zabur
diturunkan kepada Nabi Daud as

Taurat
diturunkan kepada Nabi Musa as

Injil
diturunkan kepada Nabi Isa as

alQuran 
diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI 02


Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

BERIMAN KEPADA ALLAH SWT.

Apa makna beriman kepada Allah tu...
Beriman kepada Allah itu ialah mempercayai bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dengan berdasarkan dalil naqli (Quran dan Hadis) dan dalil aqli (aqal fikiran yg tersusun).

Allah Maha Berkuasa dan menjadikan sesuatu dengan kehendakNya.