MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Wednesday, April 24, 2013

AQIDAH. RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI 1


Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz


1.  Keimanan dan keyakinan kepada rukun iman merupakan teras dan tunjang akidah Islam
2.  Orang yang meyakini rukun iman dinamakan sebagai orang mukmin, manakala orang yang menolak keyakinan rukun Iman adalah terbatal imannya.

3.  Hadis Rasulullah saw. riwayat Muslim:
"Rasulullah saw menjawab (pertanyaan): iaitu engkau beriman kepada Allah SWT, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari Qiamat dan engkau beriman kepada qadarnya yang baik dan yang buruk.."


4.  Beriman kepada rukun iman dapat menyelamatkan seseorang daripada perbuatan yang boleh membatalkan iman serta mengukuhkan lagi akidah seseorang. Rukun Iman yang mengandungi enam perkara iaitu:
a) beriman kepada Allah SWT
b) beriman kepada malaikat
c) beriman kepada kitab
d) beriman kepada rasul
e) beriman Kepada hari Qiamat
f)  beriman kepada Qadha` dan Qadar.

5.  Keimanan kepada Allah SWT ialah mempercayai bahawa Allah swt bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang didasarkan pada dalil naqli dan aqli.

6.  Keimanan kepada malaikat bermakna wajib mempercayai bahawa malaikat merupakan makhluk Allah SWT. Antara tanggungjawab malaikat ialah mengawasi segala perlakuan manusia.

7.  Umat Islam juga wajib mempercayai bahawa Allah swt telah menurunkan kitab-kitab suci kepada para rasulNya sebagai panduan hidup kepada manusia.

8.  Beriman kepada hari Qiamat adalah keyakinan bahawa alam ini akan musnah dan segala kehidupan akan musnah juga.

9.  Keimanan kepada Qadha` dan Qadar ialah percaya bahawa Allah SWT telah mengatur setiap kejadian sejak azali lagi.

Bersambung siri 2


No comments:

Post a Comment