MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Monday, April 29, 2013

JINAYAH SIRI 02


Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
30.04.2013/Selasa/1.30pm

Para ulama` telah membahagikan kesalahan dan hukuman kepada 3 jenis (1) Hudud (ii) Qisos (iii) Ta`zir.

Apa Hudud itu? Berikan penjelasan.

Hudud itu dari himpunan perkataan "Hadda" yang bererti menahan atau menegah yang maksudnya hukuman hudud itu dapat menahan daripada berlakunya pencerobohan. Itu dari segi bahasa.....

Menurut istilah Syara`, hudud adalah hukuman-hukuman yang telah ditentukan terlebih dahului oleh syara` (Allah) melalui nas-nas daripada al Quran dan Hadis nabi kerana kesalahan yang melibatkan hak Allah, kemudian, yang dimaksudkan dengan kesalahan hak Allah ialah mengenai kepentingan masyarakat umum yang boleh merosakkan ketenteraman orang ramai dan hukum-hukumnya pula membawa manfaat kepada mereka. Kesalahan hudud yang dianggap menceroboh hak Allah atau kepentingan orang ramai itu ialah mencuri, Harabah, Zina, Qazf, minum Khamar dan Riddah.

Apa makna Qisos dan huraikan dengan jelas?

Qisas darisegi bahasa berasal dari bahasa arab `Qosso` yang bererti `mengikut`. Inilah makna yang lebih hampir kepada istilah syara` kerana mengikut hukum Qisos seorang penjinayah itu mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana ia lakukan ke atas mangsanya; kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh juga.

Manakala dari segi istilah syara` Qisos sama seperti hukuman hudud iaitu hukuman yang telah ditetapkan syara` melalui nas-nas alQuran dan hadis nabi kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu, dan yang dimaksudkan dengan hak individu ialah jika mangsa penjinayah itu diserang, maka dia atau warisnya berhak menuntut supaya penjinayah itu dihukum atau diampunkan yang dengannya boleh melepaskan penjinayah daripada hukuman asal. Manakala kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman Qisos ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan.

Apa makna Ta`zir dan berikan penjelasan..

Dari segi bahasa Ta`zir dari kata kerja `azara` yang bererti menolak atau menghalang. Ia juga boleh diertikan sebagai menolong atau `memberi penghormatan`, ini adalah kerana apabila seseorang itu dikenakan hukuman ta`zir dan dihalang daripada melakukan perbuatan salah, maka secara tidak langsung ia telah diberi penghormatan. Hukuman ini dinamakan Ta`zir kerana dengan adanya hukuman tersebut akan dapat menghalang pesalah-pesalah dari melakukan atau mengulangi kejahatannya.

Menurut istilah syara`, ta`zir adalah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya oleh syara` kerana kesalahan-kesalahan yang lain daripada yang dikenakan hukuman hudud dan kaffarah. Jadi untuk menentukan kadarnya maka terpulang kepada budi bicara dan kebijaksanaan pemerintah atau Qodhi.


No comments:

Post a Comment