MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Tuesday, April 30, 2013

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Di susun semula oleh
Drs Norazli bin Aziz
30.04.2013 Selasa

Sebutkan apakah  yang dikatakan sebagai kepentingan IMAN itu?

Iman dari segi bahasa bererti `percaya`, manakala menurut istilah syara` ialah membenar kan dalam hati, mengakui dengan lidah, dan beramal dengan anggota tubuh.

Iman merupakan anugerah Allah SWT yang amat tinggi nilainya kepada seseorang muslim. Kenapa? kerana iman adalah perkara yang membezakan seseorang itu samada beriman ataupun kafir. Golongan yang mendapat keredhoaan Allah SWT, memperoleh keselamatan hidup di dunia dan diakhirat manakala golongan yang mengingkari perintahNya akan dimasukkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab sengsara. Sebagaimana yg tlh disabdakan oleh Nabi Muhammad saw;

Erti hadis:
"Sesungguhnya iman itu ialah kamu percaya kepada Allah swt, malaikat, kitab, rasul-rasul, hari kiamat dan kamu percaya kepada QadarNya yang baik dan buruk" (Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat pelbagai perkara yang boleh membatalkan iman, antara perkara-perkara yang membatalkan iman termasuklah:

1. Syirik
2. Kufur
3. Riddah
4. Khurafat
5. Sihir
6. Nifaq.

Syirik tu apa ha...?

Syirik bermaksud menyekutukan atau menyamakan Allah swt dengan makhlukNya samada dari segi zatNya, sifatNya ataupun perbuatanNya.

Mensyirikkan Allah swt adalah diharamkan kerana perbuatan tersebut menafikan kekuasaan Allah swt dan merupakan satu kezoliman yang besar. Firman Allah dalam Suroh al Luqman ayat 13, yang bermaksud;

"Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah adalah satu kezoliman yang besar."

Sebutkanlah jenis-jenis syirik tersebut:

1.  Syirik Jali
Iaitu perbuatan syirik yg dilakukan secara terang-terangan seperti bertenung nasib, menyembah berhala atau menyembah pokok dan lain-lain.

2.  Syirik Khofi
Iaitu tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat, seperti menunjuk-nunjukkan kehebatan diri, riak, ujub. dan takbur sertamengagungkan kuasa lain lebih daripada Allah taala.

Bagaimana caranya mengelakkan perbuatan syirik...ikuti siri 02

No comments:

Post a Comment