MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Friday, May 3, 2013

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI 02


Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

BERIMAN KEPADA ALLAH SWT.

Apa makna beriman kepada Allah tu...
Beriman kepada Allah itu ialah mempercayai bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dengan berdasarkan dalil naqli (Quran dan Hadis) dan dalil aqli (aqal fikiran yg tersusun).

Allah Maha Berkuasa dan menjadikan sesuatu dengan kehendakNya. 


Bagaimana cara nak beriman kepada Allah SWT. Cuba jelaskan
Diantara cara-cara beriman kepada Allah SWT termasuklah:
  • meyakini kekuasaan Allah Taala yang menjadikan alam ini dan seluruh makhluk yang ada di dalamnya.
  • meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang wajib disembah dan tempat kita berserah serta meminta pertolongan.
  • meyakini bahawa Allah swt mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan.
  • mematuhi segala perintah suruhanNya dan meninggalkan secara mutlaq segala bentuk larangan-laranganNya.
  • mengakui keagungan Allah swt pada zatNya, sifatNya dan kekuasaanNya.


BERIMAN KEPADA PARA MALAIKAT.

Cuba terangkan apa maksudnya....
Keimanan kepada malaikat bermaksud wajib mempercayai bahawa malaikat merupakan makhluq Allah swt yang telah diberikan tugas dan tanggung jawab tertentu.

Malaikat adalah makhluq yang sangat patuh dan setia melaksanakan perintah Allah swt dan beribadat kepadaNya.

bilangan malaikat yang wajib diketahui oleh setiap umat islam ialah 10, yang berikuit ialah nama malaikat dan tugas-tugas mereka:

Jibril
menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul.

Mikail
menurunkan rezeki dan hujan.

Israfil
meniup sangkakala

Rakib
mencatat amalan kebaikan manusia.

`Atid
mencatat amalan keburukan manusia

Munkar
menyoal orang mati; amalan kebaikan dan keburukan.

Nakir
menyoal orang mati; amalan kebaikan dan keburukan.

Malik
menjaga pintu neraka

Ridhuan
menjaga pintu syurga.

1 comment:

  1. Assalam ustaz... senarai yg kat atas tu ade 9 Malaikat je... Ustaz trtinggal Malaikat Izrail : Pencabut nyawa.

    ReplyDelete