MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Wednesday, May 8, 2013

HAJI DAN UMRAH SIRI 03


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

DAM, huraikan apakah pengertian dam, hukum dan jenis-jenisnya?

Dam ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana sebab-sebab tertentu iaitu:
(a)  meninggalkan perkara-perkara wajib haji.
(b)  melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram.
(c)  mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran.

Hukum membayar dam kerana melakukan perkara-perkara di atas adalah wajib. Manakala jenis-jenis dam yang dikenakan dalam ibadat haji ialah:
(a)   tertib, dam yang dibayar mengikut susunan.
(b)   takdil, dibolehkan membayar mengikut nilaian harga dam.
(c) takdir, dam yang dibayar mengikut kadar yg ditentukan mengikut kemampuan.
(d) takhyir, dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak.



Perkara-perkara yang menjadi sebab dikenakan dam dan denda yang diwajibkan ditunjukkan pada penjelasan di bawah:

Tertib dan Takdil

Kesalahan
  • melakukan persetubuhan sebelum tahallul awal bagi ibadat haji.
  • melakukan persetubuhan sebelum selesai amalan-amalan bagi ibadat umrah.


Denda/Dam
  • Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu
  • menyembelih seekor lembu atau kerbau, jika tidak mampu
  • menyembelih 7 ekor kambing atau kibas, jika tidak mampu
  • memberi sedekah kepada fakir miskin mengikut nilai harga seekor unta, jika tidak mampu.
  • berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dgn harga seekor unta.

Tertib dan Takdil

Kesalahan
  • mengerjakan Haji Tamatttuk dan haji Qiron
  • meninggalkan perkara-perkara yang wajib haji
  • tidak mengerjakan tawaf widak
  • meninggalkan perkara-perkara sunat yang dinazarkan.
  • tidak wukuf di Padang Arafah.

Denda/Dam
  • menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7 bahagian drpd unta, kerbau atau lembu jika tdk mampu.
  • berpuasa selama 10 hari, iaitu 3 hari di Mekah, dan 7 hari di tanah air sendiri jika tidak mampu.
  • mengeluarkan secupak beras atau gandum bagi setiap hari puasa dan dibahagikan kepada fakir miskin.

Takhyir dan Takdil

Kesalahan
  • berburu binatang daratan
  • memusnahkan tanaman di tanah haram Mekah seperti memotong, menebang atau mencabut.

Denda/Dam
  • menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan
  • memberi sedekah makanan kepada fakir miskin mengikut harga binatang bandingan tersebut.
  • berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga binatang bandingan itu
  • Jika binatang buruan itu tidak boleh dibuat bandingan dengan mana-mana binatang ternakan maka damnya mengikut harga binatang atau pokok tersebut.

Takhyir dan Takdir

Kesalahan
  • memotong kuku
  • menggugurkan rambut atau bulu sekurang-kurangnya tiga helai.
  • memakai pakaian yang dilarang dalam masa ihram.
  • memakai minyak rambut
  • memakai minyak wangi
  • bercumbu-cumbuan
  • melakukan persetubuhan selepas tahallul awal tetapi sebelum selesai tahallul thani.
  • melakukan persetubuhan untuk kali kedua selepas jimak yang merosakkan haji.

Denda/Dam
  • menyembelih seekor kambing/kibas atau 1/7 drpd unta/lembu/kerbau
  • bersedekah kepada enam orang fakir miskin, setiap seorang dua cupak
  • berpuasa selama tiga hari.


Apakah hikmah disyariatkan Dam, cue citer....
Antara hikmahnya, supaya manusia lebih bertanggung jawab dan berwaspada terhadap segala kekurangan dalam ibadat Haji di samping dapat menjaga disiplin. Selain itu supaya jemaah Haji dapat menumpukan (fokus) perhatian terhadap ibadat Haji, sehingga Haji dapat ditunaikan dengan sempurna dan teratur.
-utk menguji kesabaran jemaah Haji melalui larangan-larangan semasa berihram.
-supaya umat islam memahami bahawa setiap kesalahan ada hukumannya.
-bagi menampung kekurangan-kekurangan semasa mengerjakan ibadat Haji.

Soalan Latihan: Apakah maksud dam tertib dan Takdir?


2 comments:

  1. Dam takhyir dan Taqdir, puasa 3 hari tu dibuat di mana? d mekah ataupun d negara sendiri?

    ReplyDelete
  2. kalau dah balik ke negara sendiri, boleh berpuasa di negara sendiri.

    ReplyDelete