MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Wednesday, May 8, 2013

HAJI DAN UMRAH SIRI 04

Disusun oleh
Drs.Norazli Bin Aziz

NAFAR, terangkan apa makna nafar tu...

Nafar itu bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. Dan Nafar terbahagi kepada dua, iaitu:

(a)  Nafar Awal
Iaitu meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. Antara syarat-syarat Nafar awal, iaitu:
  • keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah.
  • Selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhijjah.
  • niat tidak akan kembali ke Mina
  • tidak bermalam di Mina selama dua malam.

(b)  Nafar Thani
Iaitu meninggalkan Mina setelah selesai melontar jumrah pada 13 Zulhijjah.

Huraikan hikmah Nafar itu...
  • menolong jemaah Haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat.
  • memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain.
  • memberi peluang kepada para jemaah haji memendekkan waktu ibadat kerana sebab-sebab yang tertentu.

TAHALLUL, apa makna tahahlul itu, cue citer..

Tahallul bermaksud keluar dari ihram haji atau umrah.

Perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram dihalalkan setelah selesai melakukan ibadat-ibadat tertentu. Tahallul terbahagi kepada dua; Tahallul awal dan tahallul Thani.

Tahallul awal akan terlaksana apabila jemaah haji mengerjakan dua daripada tiga perkara berikut:
(a)  melontar jumrah Aqabah pada 10 Zulhijjah.
(b)  bercukur
(c)  melakukan tawaf Ifadah

Apabila seseorang itu selesai melakukan tahallul awal, dia boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang kecuali nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh.

Tahallul Thani,  terlaksana apabil seseorang itu selesai melakukan semua perkara di atas. Apabila seseorang itu selesai melakukan tahallul Thani, dia boleh melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram.

Apakah hikmah tahallul itu?
Antara hikmah tahallul termasuklah;
  • memberi kelonggaran kepada jemaah haji supaya tidak menunggu masa yang lama untuk meninggalkan perkara yang dilarang.
  • supaya jemaah haji yang uzur dapat berehat.
  • supaya jemaah haji dapat menumpukan amalan haji dengan sepenuhnya.
  • mendisiplinkan diri semasa beribadat kepada Allah swt.



No comments:

Post a Comment