MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 4, 2013

NAJIS



Disusun Semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz


Apa pengertian najis itu?

Najis dari segi bahasa bermaksud bende-benda kotor yang menjijikkan. Manakala dari sudut istilah pula bermaksud kotoran yang menghalang ibadat seseorang itu drpd diterima Allah. Hukum menjaga kebersihan adalah wajib.

Sebutkan jenis-jenis najis?

Najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian dan tempat tinggal hendaklah dibersihkan dengan segera. Najis terbahagi kepada tiga bahagian dan cara pembersihannya seperti yang berikut:

Najis Mukhoffafah (ringan) 

Contohnya air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang drpd dua tahun dan hanya minum air susu ibunya sahaja. Cara membersihkannya, hilangkan kekotorannya terlebih dahulu, kemudian renjiskan tempat tersebut dengan air mutlak.

Najis Mutawassitah (pertengahan), 

yakni semua kekotoran daripada binatang dan manusia seperti air kencing, najis, darah dan sebagainya. Untuk menyucikan darah dan nanah, maka hendaklah dibuang najis itu terlebih dahulu kemudian basuh tempat tersebut dengan air mutlak hingga hilang bau, warna dan rasanya. 

Najis Mughollazah (berat) 

yakni najis yang berpunca daripada anjing dan babi serta keturunannya atau apa-apa yang keluar daripada kedua-duanya. Jika najis anjing dan babi, hendaklah dibuang najis, kemudian dibasuh dengan air yang bercampur dengan tanah dan diikuti dengan 6 kali air mutlak.

Air kencing kanak-kanak perempuan tidak termasuk dalam najis Mukhoffafah dan ia dikelaskan dalam najis Mutawassitah. 

Dan Najis Mutawassitah juga terbahagi kepada dua, iaitu:

Najis  Hukmi, 

Iaitu najis yang tidak dapat dilihat pada rupanya tetapi yakin najis itu ada. Contohnya air kencing orang dewasa yang sudah kering.

Najis aini, 

iaitu najis yg tidak dapat dilihat dan diketahui rupa, warna, dan rasanya, contohnya, darah, nanah dan yang seumpama dengannya.

Namun terdapat beberapa jenis najis yang dimaafkan mengikut syariat, misalnya; darah yang sedikit seperti darah nyamuk, jerawat dan sebagainya, dan juga kotoran lumpur yang terpercik di jalan raya.

No comments:

Post a Comment