MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 11, 2013

BAB-BAB YANG PERLU DIBACA, DIBINCANG DAN DI HAFAZ.....


Bagi siswa-siswi

BACTH 2 SEM 2, PERLU AMBIL PERHATIAN...

ALQURAN

(a) Pemahaman Ayat
  • baca dengan betul dan bertajwid
  • jelaskan intisari ayat
  • Menyebut zikrullah dgn betul dan menyatakan situasi yg betul utk melafazkan zikir spt: Tasbih (melihat kebesaran Allah), Tahmid (tika dpt nikmat), Istigfar (minta ampun) dan Istirja (ketika ditimpa musibah).

  • baca dengan betul dan bertajwid
  • jelaskan intisari ayat
  • konsep dan tuntutan jihad
  • bentuk bentuk jihad: jihad membaiki diri, jihad melawan nafsu, jihad melawan kafir harbi dan munafiq dan jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.

(b) Hafazan
Wajib hafaz suroh berikut:
(2)  Al `Adiat
(3)  Al Qori`ah
(4)  At Takaathur

ALHADIS
Ingat balik hadis berkenaan Halal dan Haram itu terang dan jelas....
  • baca hadis dengan betul
  • makna hadis yg betul
  • maksud halal dan haram
  • maksud syubhah beserta contoh mudah
  • keburukan syubhah dan apa cara utk mengelakkannya
  • peranan HATI dlm diri manusia
  • pengajaran Hadis, prihatinlah anda-anda dlm memilih makanan, barangan dan urusan muamalat.

AQIDAH

1.  Konsep pahala dan dosa, pengertiannya, pembahagiannya dan kesan beriman dgn pahala dan dosa.
2.  Dosa-dosa besar
Menderhakai ibu bapa

-berikan pengertian dosa-dosa tersebut, kesan-kesan melakukannya dan cara menghindarinya.

3.  Tuntutan taubat
  • Pengertian taubat
  • Syarat-syarat taubat
  • Hikmah taubat
  • Cara lafaz istigfar yang betul

FEQAH SYAR`IYYAH
1.  Haji dan Umrah
  • Maksud kedua-duanya
  • Syarat Wajib
  • Rukun dan perkara wajib haji
  • Larangan semasa Ihrom

2.  Jinayah dan Hukumannya
  • Maksud jenayah
  • jenis-jenis hudud dan hukumannya
  • jenis-jenis jinayah hudud, Qisos, takzir dan hukumannya.

TAMADUN ISLAM

  • Background kerajaan
  • faktor kegemilangan
  • iktibar kegemilangan
  • Faktor kejatuhan kerajaan
  • Iktibar kejatuhan Bani Ummaiyah

  • Riwayat hidup
  • Sifat peribadi
  • kegigihannya, iktibar dan contoh teladan.

AKHLAQ ISLAMIAH

  • Apa maksudnya
  • Cara jaga maruah dlm percakapan,pakaian dan pergaulan
  • Kelebihan org yg menjaga maruah diri
  • Akibat tidak jaga maruah

  • Apa maksudnya
  • Ciri-ciri Khauf dan raja`
  • kelebihan dan akibat bersifat seperti itu.


3.  Adab menjaga kemudahan Awam

No comments:

Post a Comment