MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 11, 2013

PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM 01



Disusun oleh
Drs.Norazli Bin Aziz

Apa makna puasa tu hah?

Puasa menurut bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu, manakala menurut istilah syarak ialah menahan diri daripada melakukan perkara yanag membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

Ia merupakan salah satu daripada rukun islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim pada bulan Ramadhan.

Apa dalil wajib berpuasa...cue citer...

Dalilnya dalam Suroh al Baqorah, ayat ke 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa".


Apakah rukun-rukun puasa? Jelaskan...

Rukunnya ada dua sahaja;
Niat, dengan lafaznya yang bermaksud:

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala".

Menahan diri, iaitu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum bermula dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenam matahari (Magrib).

Apakah pula syarat-syarat wajib puasa?
(a)  Islam
(b)  baligh
(c)  berakal
(d)  bebas dari uzur syar`ie.

Terdapat uzur syar`ie yang menegah daripada berpuasa dan ada pula uzur yang mengharuskan berbuka puasa.
Uzur Syar`ie yang menegah daripada berpuasa iaitu:
(a)  haid
(b)  nifas
(c)  pitam sepanjang hari.

Manakala uzur Syar`ie yang mengharuskan berbuka puasa, iaitu:
(a)  Sakit yang boleh memudaratkan jika berpuasa.
(b)  bermusafir melebihi 2 marhalah
(c)  tidak mampu berpuasa disebabkan sakit tua atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh.

Terangkan syarat-syarat sah puasa..?
Syarat-syarat sah puasa iaitu:
(a)  Islam
(b)  berakal
(c)  Mumaiyiz
(d)  suci dari haid dan nifas
(e)  Niat pada waktu malam (sebelum terbit fajar) bagi puasa fardhu.
(f)  Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Cuba terangkan pula, perkara-perkara yang membatalkan puasa?
Diantara perkara-perkara yang dikira membatalkan puasa, iaitu:
(a)  keluar haid dan nifas
(b)  Muntah dengan sengaja
(c)  Berjimak pada siang hari
(d)  Melahirkan anak
(e)  Mengeluarkan air mani dengan sengaja
(f)  Gila atau hilang akal
(g)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut, kecuali melalui mata seperti memasukkan ubat mata.
(h) Murtad, iaitu keluar daripada Islam
(i)  Makan atau minum dengan sengaja.

Huraikan perkara sunat dan makruh ketika berpuasa..?

Sunat
1.  Melewatkan makan sahur
2.  Memperbanyakkan sedekah
3.  Memperbanyak membaca alQuran dan amalan kebajikan yang lain.
4.  Mandi wajib (hadas besar) sebelum terbit fajar
5.  Membaca doa sebelum berbuka puasa.
6.  Memberi jamuan berbuka kepada orang yang berpuasa
7.  Segera berbuka puasa setelah masuk waktu.

Makruh
1.  Berbekam
2.  Berkumur secara keterlaluan ketika berwudhu` atau ketika lain.
3.  Memberus gigi selepas gelincir matahari.
4.  Merasa makanan dengan lidah.
5.  Tidur sepanjang hari.
6.  Terlalu kerap mandi.
7.  Melewatkan berbuka puasa.

Sebutkan jenis-jenis puasa...

Puasa terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu samada wajib, sunat, makruh dan haram. Puasa wajib adalah seperti berikut:
(1)  Puasa Ramadhan
(2)  Puasa Qadha`
(3)  Puasa Nazar
(4)  Puasa Kafarah

Pusat Sunat pula:
(1)  Puasa pada 9 dan 10 Muharram
(2)  Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) bg org yg tdk mengerjakan ibadat haji.
(3)  Puasa pada hari Isnin dan Khamis
(4)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
(5)  Puasa tiga hari pada pertengahan bulan Hijrah, iaitu 13,14 dan 15 haribulan.

Manakala puasa Makruh pula;
Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari Sabtu sahaja tanpa disertai dengan hari sebelum atau selepasnya.
puasa sepanjang tahun kecuali hari yang diharamkan.

Puasa Haram pula;
Puasa pada hari Raya AidilFitri atau Aidil Adha
Puasa pada hari-hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 haribulan Zulhijjah
Puasa pada hari Syak, iaitu pada 30 Sya`ban.

Apa pulak hikmah puasa tu?
1.  Melatih diri dengan sifat sabar
2.  Menjana kekuatan jiwa
3.  Membersihkan jiwa dari sifat-sifat keji seperti bakhil, tamak, keras hati, sombong dan lain-lain.
4.  Menimbulkan rasa belas kasihan terhadap golongan fakir dan miskin.
5.  Memberi kesegaran dan kesihatan kepada tubuh badan.
6.  Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt.

Apakah akibat buruk tidak berpuasa?
1.  Mendapat kemurkaan daripada Allah swt.
2.  Kehidupan tidak diberkati Allah swt.
3.  Hati tidak tenang.
4.  Dibenci oleh masyarakat.
5.  Keras hati dan tidak takut melakukan maksiat.
6.  Menimbulkan sifat nifak dan fasiq
7.  Menyebabkan negara tidak diberkati dan menjadi mundur.
8.  Terdedah kepada perbuatan dosa.

No comments:

Post a Comment