MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 4, 2013

SOLAT SIRI 01


Disusun semula oleh
Drs.Norazli Bin Aziz

Apa makna solat tu hah?

Solat dari segi bahasa bermaksud doa, manakala dari segi syarak ialah perkataan atau perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulIhrom dan diakhiri dengan salam serta menurut cara dan syarat-syarat tertentu.

Solat fardhu lima waktu wajib ditunaikan oleh umat Islam yang mukhallaf. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu akan mendapat dosa atau diazab diakhirat nanti. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah swt pada hari akhirat kelak. Ia juga merupakan tiang agama dan akan menjadi asas kepada amalan-amalan yang lain.

Apa dalilnya?
Hadis yang diriwayatkan oleh al Baihaqi yang bermaksud:
"Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuh agama."

Nabi Muhammad saw telah menerima kefardhuan ibadat solat daripada Allah swt dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Pada asalnya, umat Islam difardhukan lima puluh waktu untuk dikerjakan, namun akhirnya Allah swt telah mengurangkannya kepada lima waktu sehari semalam.

Baginda Rasulullah saw telah mengajar umatnya tentang cara-cara mendidik anak-anak mengenai solat. Hal ini telah dijelaskan melalui hadis baginda, Hadis Rasulullah saw Riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila usia mereka meningkat tujuh tahun dan pukullah mereka (apabila mereka meninggalkannya) apabila meningkat sepuluh tahun, pisahkanlah antara mereka di tempat tidur".

Allah swt telah menjelaskan hal yang demikian dalam al Quran yang diturunkan kepada utusanNya, Nabi Muhammad saw, Firman Allah swt dalam suroh an Nisa`: 103 yang bermaksud:

"Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan kepada orang Mukmin yang ditetapkan waktunya".

Sebutkan syarat wajib dan Syarat Sah Solat

Syarat-syarat wajib dan syarat sah solat:
  1. Islam, tidak wajib kepada orang kafir.
  2. baligh, tidak wajib kepada kanak-kanak
  3. berakal, tidak wajib kepada orang yang pitam, gila, mabuk dan sebagainya
  4. suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

Syarat sah solat:
  1. suci dari hadas kecil dan besar
  2. suci badan, pakaian dan tempat solat daripada najis
  3. yakin masuk waktu solat
  4. menutup aurat
  5. menghadap kiblat.

Sebutkan pula Rukun dan Sunat Solat
Terdapat tiga belas rukun solat yang wajib dipatuhi, iaitu:
  1. niat, iaitu ketika mengucap takbiratulihrom
  2. takbiratulihrom
  3. berdiri betul bagi orang yang berupaya
  4. membaca suroh al Fatihah
  5. rukuk serta tamakninah
  6. i`tidal serta tomakninah
  7. sujud serta tomakninah
  8. duduk antara dua sujud
  9. duduk tahiyat akhir
  10. membaca tahiyat akhir
  11. membaca selawat kepada Nabi Muhammad saw pada tahiyat akhir
  12. memberi salam yang pertama
  13. tertib, melakukan semua rukun secara teratur.

Sekiranya kita meninggalkan satu daripada rukun solat, maka solat kita tidak sah dan batal.

No comments:

Post a Comment