MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 4, 2013

BERSUCI ASAS KEBERSIHAN


Disusun semula oleh:
Drs Norazli Bin Aziz

Apa makna bersuci tu?

Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan diri daripada segala kekotoran dan najis. Manakala menurut istilah pula ialah menghilangkan hadas dan najis pada diri, tempat dan pakaian dengan cara berwudhu`, mandi wajib atau bertayammum.

Allah swt mengasihi orang yang bersuci sama ada zahir atau pun batin. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam al Quran, dalam firmanNya dalam suroh al Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt mengasihi orang yang bertaubat dan orang yang bersuci"

Bersuci dalam islam juga bermaksud bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar, pakaian dan tempat tinggal, dan juga suci hati daripada sifat-sifat mazmumah. Sesiapa yang mengabaikan salah satu aspek kebersihan ini akan menyebabkan amalan yang dilakukannya kurang sempurna.

Antara kepentingan bersuci dalam Islam termasuklah:
  1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.
  2. Tidak diterima sesuatu ibadat dalam keadaan berhadas.
  3. kebersihan adalah sebahagian daripada iman
  4. Menjauhkan diri daripada terkena penyakit.

Apakah perbezaan antara amalan orang yang bersuci dengan yang pengotor?

Ya,...memang ada perbezaan, diantara perbezaan tersebut;

Orang yang menjaga kebersihan, hanya mengambil makanan yang halal dan berkhasiat sahaja, manakala orang yang tidak menjaga kebersihan suka mengambil makanan yang haram dan tidak berkualiti.

Orang yang menjaga kebersihan akan menjaga kebersihan pakaian, tubuh badan, dan tempat tinggal supaya amalannya diterima oleh Allah swt., manakala orang yang tidak menjaga kebersihan tidak akan mengambil berat tentang kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

Orang yang menjaga kebersihan akan sentiasa menjaga kewarasan akal fikiran, manakala orang yang tidak menjaga kebersihan akan sering melakukan perkara yang boleh merosakkan kewarasan akal seperti minum arak dan berjudi.

Orang yang menjaga kebersihan akan sentiasa dalam keadaan berwudhu`, manakala orang yang tidak menjaga kebersihan, amalannya ditolak dan akan diazab oleh Allah swt.

Orang yang menjaga kebersihan akan sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara, dan juga akan berakhlaq luhur dan mulia, manakala orang yg tidak menjaga kebersihan akan bersikap malas dan berfikiran negatif dalam kehidupan, dan juga mempunyai akhlaq dan prilaku yang buruk.


Apakah hikmah bersuci itu, huraikan.
  1. Mencerdaskan akal fikiran dan mencergaskan tubuh badan.
  2. Kehidupan yang aman dan hamonis kepada seluruh ahli keluarga.
  3. Pelbagai penyakit berjangkit akan dapat dihindari dalam masyarakat.
  4. Meningkatkan taraf ekonomi umat Islam yang bekerja dengan bersungguh-sungguh lantaran sikapnya yang positif.

Sebutkan bahan-bahan yang boleh dibuat bersuci

Islam telah menetapkan bahawa terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk bersuci, iaitu:

Air mutlak, iaitu air yang suci lagi menyucikan. Air ini boleh digunakan utk menyucikan hadas samada hadas kecil atau hadas besar serta membasuh najis. Terdapat 7 jenis air mutlak:
  1. air hujan
  2. air laut
  3. air perigi
  4. air salji
  5. air mata air
  6. air sungai
  7. air embun

Tanah (debu) yang bersih, digunakan untuk bertayammum sebagai ganti air ketika ketiadaan air atau ketika tidak boleh menggunakan air dengan sebab-sebab tertentu.

Benda-benda yang keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun kering dan sebagainya.

bahan-bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas dan bahan kimia yang lain.


10 comments:

  1. teks terlalu panjang tidak sesuai untuk pelajar.

    JANGAN JADI BEBAL.
    SEKIAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. #SETUJU #JGNJDIBEBAL #ANAK2 #ANAKYGBAIKANAKYGMENDENGARKATA

      Delete
    2. hm saya just nak ckp nie jgan marah tau .. mcm nie , klau nak tegur , please ah tegur elok' tak yah la ckp orang bebal tu sj nntii takut bebal tu kena kat diri sndiri .

      Delete
  2. terlalu panjang rumusan tak der ke?

    ReplyDelete