MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Friday, May 3, 2013

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI 03


Disusun semula oleh
Drs Norazli Bin Aziz

BERIMAN KEPADA KITAB

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah swt telah menurunkan kitab-kitab suci kepada para RosulNya sebagai panduan hidup kepada manusia.


"Cuba sebutkan kitab-kitab tersebut dan bagaimana cara nak beriman dengan kitab ini...."




Diantara kitab-kitab tersebut ialah:

Zabur
diturunkan kepada Nabi Daud as

Taurat
diturunkan kepada Nabi Musa as

Injil
diturunkan kepada Nabi Isa as

alQuran 
diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.

Kitab alQuran adalah merupakan kitab panduan hidup yang paling lengkap dan merangkumi semua kandungan yang terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu. Diantara cara kita nak beriman kepada kitab ialah:
  • Mempercayai bahawa Allah swt telah menurunkan kitab kepada para rosul-rosulNya.
  • Mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.
  • Meyakini bahawa ajarannya boleh memandu manusia pada jalan yang benar.

BERIMAN KEPADA ROSUL

Apa maksudnya....
Meyakini perutusan mereka sebagai utusan Allah swt yang membawa risalah kebenaran kepada seluruh manusia.

Bilangan rosul yg wajib diketahui ialah seramai 25 orang, manakala 5 daripadanya dikenali dengan gelaran `ulul azmi`. Rosul-rosul Ulul Azmi itu ialah:
  1. Nabi Nuh as
  2. Nabi Ibrahim as
  3. Nabi Musa as
  4. Nabi Isa as
  5. Nabi Muhammad saw.

Rosul menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia dengan membimbing mereka pada jalan yang benar dan diredhoi Allah swt.

Para rosul merupakan makhluq yang istimewa kerana dikurniakan sifat maksum dan diberikan mukjizat tertentu oleh Allah swt.

Maksum tu apa ha?
Maksum itu ialah terpelihara daripada perkara dosa dan kesalahan. Dengan kurniaan sifat maksum, semua rosul memiliki sifat yang terpuji.

Apa sifat wajib bagi Rosul?
Sifat wajib bagi rosul iaitu:
Siddiq (benar)
Amanah (jujur)
Tabligh (menyampaikan)
Fatonah (bijaksana)

Mukjizat tu apa pulok...
Mukjizat itu ialah perkara luar buiasa yang berlaku kepada para nabi dan rosul dengan izin Allah swt.

No comments:

Post a Comment