MAKLUMAN

Alhamdulillah, bertemu lagi dihari-hari baru semester. Kali ini saya akan mengajar pendidikan Islam untuk KV2 Semester 6, bermula 22.7.2015 sehingga 14.8.2015, selama 3 minggu.

Saya juga akan mengajar untuk KV1 Semester 7 & 8, bermula 24.8.2015 sehingga 2.10.2015 selama sebulan setengah.

Perlu diingatkan semula bahawa, pembelajaran pendidikan islam ini, janganlah dipandang sebagai pelengkap syarat sijil akademik anda, tetapi niat selain itu, adalah untuk memperoleh ilmu yang dapat diamalkan pada masa hadapan. Teruskan perjuangan anda dengan penuh kegigihan. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha-usaha anda. Usaha, doa dan tawakkal pasti anda berjaya.

Saturday, May 4, 2013

RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM SIRI AKHIR


Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz

BERIMAN KEPADA HARI QIAMAT

Apa maksudnya tu...?
Maksudnya ialah mempercayai bahawa alam ini akan musnah. Setiap orang yang hidup akan mati, kemudian akan dibangkitkan semula untuk di hisab dan menerima pembalasan daripada Allah swt.

Ada lagi?
Ada....orang yang beriman dan banyak  amalan kebaikan akan mendapat balasan syurga Allah swt dan mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. Orang yang banyak melakukan amalan kejahatan yang membawa kepada dosa akan mendapat balasan yang buruk, iaitu balasan neraka Allah swt.

Pada hari perbicaraan, segala anggota tubuh selain lidah akan menjadi saksi terhadap setiap perlakuan semasa di dunia.

Setiap amalan yang dilakukan semasa di dunia akan dibicarakan dan ditimbang dengan neraca Allah swt.


Bila Qiamat akan berlaku?
Wallahu `alam Allah saja Maha Mengetahui.....

BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADAR

Apa maksudnya pulok?
Bermaksud segala ketetapan Allah swt terhadap setiap sesuatu sejak azali lagi. Orang yang beriman dengan Qadha` dan Qadar Allah swt akan sentiasa bersikap redho dan menerima segala ketentuanNya. Setiap orang yang menolaknya akan mudah bersikap putus asa dan kecewa.

Umat Islam digalakkan berusaha dalam melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Disamping itu, mereka juga digalakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt.

Beberapa ketentuan Allah swt boleh berubah dengan usaha dan ikhtiar seseorang dan disertai dengan doa kepadaNya.

Allah swt telah menetapkan sesuatu perkara terhadap manusia dengan berdasarkan sebab dan musabbab supaya dapat diterima oleh manusia dengan baik.

Cuba kamu terangkan hikmah-hikmah beriman pada rukun Iman ni..







Hikmah kepada diri sendiri;
  1. Meningkatkan keyakinan terhadap keesaan dan kekuasaan Allah swt.
  2. Taat dan patuh kepada seluruh perintanhNya.
  3. Berusaha untuk meninggalkan semua larangan-larangan Allah swt.
  4. sentiasa cenderung melakukan perkara-perkara kebaikan.

Hikmah kepada keluarga:
  1. Dapat melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
  2. Anggota keluarga akan sentiasa saling ingat mengingati sesama mereka.
  3. Hendaklah sentiasa berakhlaq mulia dalam kehidupan.
  4. Dapat hidup dalam keredhoan Allah swt.

Hikmah kepada masyarakat:
  1. Masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman.
  2. Dapat mengelakkan gejala sosial yang tidak sihat dalam masyarakat.
  3. ekonomi negara akan berkembang dengan pesat.

No comments:

Post a Comment